Saturday, March 9, 2019

Greenzhi Toothgel


Kandungan dan Keistimewaan

Kandungan Utama: Nano-Ganoderma Lucidum, Ekstrak Miswak, Ekstrak Neem, Aloe Vera yang pekat, Xilitol dan Klorofil.
Keistimewaan:
  • Ekstrak Miswak: Berupaya meningkatkan rembesan air liur, mengawal keseimbangan nilai pH keasidan dalam rongga mulut, dan seterusnya mengurangkan pembiakan bakteria plak bagi memberikan pencegahan berganda kepada kerosakan gigi dan penyakit gusi supaya rongga mulut lebih sihat.
  • Nano-Ganoderma Lucidum: Triterpenes dalam Lingzhi dapat mengawal mutan streptokokus menghasilkan dekstran, seterusnya mencegah plak dan kerosakan gigi. Polisakarida pula dapat mempergiatkan peredaran darah tisu-tisu di gusi, juga dapat mengaktifkan mukosa oral untuk menjaga kesihatan mulut.
  • Ekstrak Neem: Dapat mengelakkan gigi menjadi kuning dan dapat memutihkan gigi, dapat mencegah pendarahan atau kesakitan gusi dan mulut berbau .Ia juga dapat mengelakkan radang yang disebabkan oleh kerosakan gigi, mencegah kemerebakannya serta menyihatkan gusi, mencegah mulut berbau dan ulser mulut.
  • Aloe Vera: Dapat memperbaiki permukaan gusi, membunuh bakteria dan mencegah karang gigi. Ia sangat berkesan untuk mengekalkan kebersihan mulut.
  • Xilitol: Xilitol bersifat manis, segar dan berhaba rendah. Ia tidak mudah menghasilkan bahan berasid kerana penapaian mikroorganisma, jadi dapat mencegah pembentukan streptokokus plak. Kandungan yang berkualiti dapat mencegah kerosakan gigi.
  • Klorofil: Dapat mencegah pendarahan gusi, mulut berbau, juga dapat menguraikan sisa makanan di dalam celah-celah gigi untuk menjaga kebersihan mulut. Ia berkesan untuk meredakan keadaan sensitif di gusi.
  • Gel semula jadi: Gel yang lutsinar dan semula jadi dapat mengurangkan geseran semasa memberus gigi, seterusnya mengelakkan kecederaan enamel.
  • Agen pembuih semula jadi: Menggunakan agen pembuih yang diekstrak daripada kelapa dan jagung. Ia bersifat natural, lembut, selamat dan tidak beracun. Ia juga berkesan untuk menentang bakteria dan mencegah kerosakan gigi.
  • Pudina semula jadi: Berbau segar dan tidak pedas. Ia sesuai digunakan untuk sekeluarga. 



Pengetahuan Umum

Apakah Miswak?

Miswak ialah ramuan semula jadi yang diekstrak dari pokok Salvadora Persica yang digunakan secara meluas oleh orang Arab sebagai alat bersugi, ia mempunyai khasiat semula jadi untuk membersihkan gigi dan memelihara kesihatan oral.

Bagaimanakah plak gigi terbentuk?

Plak gigi merujuk kepada satu lapisan filem nipis di gigi. Ia meliputi bakteria dan mikroorganisma lain, menyediakan ekologi yang sesuai untuk pertumbuhan, pembiakan dan penghapusan bakteria. Oleh itu, toksin dihasilkan, diikuti dengan berbagai-bagai hasil sampingan metabolik yang menyebabkan tindakan terus kepada gusi, akibatnya radang berlaku di gusi (gingivitis) lalu menyebabkan masalah periodontitis. Tujuan kita memberus gigi tiap-tiap hari ialah untuk menyingkir plak gigi dan mengekalkan kebersihan mulut.

Apakah tartar?

Plak gigi terbentuk jika gigi tidak diberus dengan sepenuhnya. Ia berkembang menjadi mukus yang tebal dan filem yang kasar dengan perlahan-lahan, bergabung dengan mineral dalam air liur, kemudian mengapur kepada tartar atau kalkulus gigi. Oleh kerana tartar membentuk satu lapisan yang keras di permukaan gigi, ia tidak boleh ditanggalkan dengan memberus gigi seperti biasa, tetapi memerlukan bantuan doktor gigi dengan menggunakan alat yang khas.
Rujukan

No comments :

Post a Comment