Tuesday, March 12, 2019

Siapa Saya?


Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Saya merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan. Kini menetap di Putrajaya.

Perjalanan hidup saya dengan ShuangHor(lingzhi) memang dah lama, sejak tahun 2009. Saya dan keluarga diuji dengan ujian yang amat berat, alhamdulillah Allah masih panjangkan usia anak sulong saya Asyraf. Asyraf kini sudah masuk Tahun 5. Pantas sunguh masa berlalu. Ujian ini pernah saya ceritakan di dalam blog.

Jodoh saya ditakdirkan dengan lingzhi memang panjang dan kuat. Banyak pengalaman penyakit yang dihadapi oleh insan-insan sekeliling saya akhirnya lingzhi berjaya menjadi penyebab penyelesaiannya. Alhamdulillah, semuanya ketentuan Allah. Dengan izinNya juga semuanya terjadi. Antara masalah dan penyakit yang dialami oleh insan-insan sekeliling saya ialah
  • Eczema
  • Low Hb
  • Semput (lelah)
  • Kanser usus
  • Demam
  • Sembelit
  • Berat badan tak naik (bayi)
  • Terlebih berat badan hehe
Secara umumnya, lingzhi ialah makanan untuk badan kita. Berbanding supplement atau ubat lain, ada dos tertentu yang jika diambil akan mendatang mudarat kepada badan kita. Sebaliknya buat lingzhi, dos tertentu diambil bergantung kepada kes atau masalah kita. Jika penyakit kritikal yang sedang kita hadapi, dosnya juga boleh sehingga sebotol/sekotak sehari.

Sekiranya, badan kita sihat kosnya juga tidak semahal mereka yang sedang sakit. Tetapi, bukankah sihat itu mahal harganya?Marilah sama-sama kita menjaga kesihatan, pemakanan. Bila badan sihat, nak beribadah pun mudah. InsyaAllah.

Salam mukaddimah.


Wardah Mustapa @ IbuAmna
0193305476

No comments :

Post a Comment